Berbaloi Ke Simpan Emas?

Pengalaman Sendiri

Soalan ini pernah bermain difikiran saya pada tahun 2014 semasa masih menjadi mahasiswa. Masa itu tiada ilmu lagi mengenai emas dan saya sentiasa beranggapan bahawa emas ini hanya untuk wanita , bukan untuk lelaki. Namun persepsi itu salah, setelah membaca beberapa penulisan berkaitan dengan emas barulah saya sedar bahawa menyimpan emas berbaloi dan ianya kalis inflasi ! Saya ceritakan dalam 2 kisah ringkas.

Kisah Pertama

Dinar 916 pertama yang berada di tangan saya dibeli dengan nilai RM550/dinar pada tahun 2015 hasil duit kemenangan pertandingan debat di Universiti . Dinar itu masih ada, cuma sudah bertukar milik menjadi hak isteri . Saya jadikan dinar emas itu sebagai mas kahwin ketika kami disatukan pada tahun 2018. Kini, nilai dinar itu sudah mencecah RM1000/dinar. Berbaloi bukan ?

Harga satu dinar (2015)
Harga satu dinar (2021)

Kisah Kedua

Emas 999 pertama saya dibeli dengan nilai RM141/gram semasa mula menyertai Public Gold. Pengeluaran akaun GAP dilakukan dengan menebus emas fizikal Edisi Raya 1436 Hijrah. Kalau mengikut harga semasa, 1 gram yang saya beli pada tahun 2015 boleh dijual dengan nilai RM265++/gram atau RM350++ kepada collector emas. Berbaloi bukan ?

C:\Users\User\Desktop\gold bar.jfif
Emas pertama saya bersama Public Gold

Prinsip Asas Simpan Emas

Ada yang tanya saya, apa prinsip asas saya dalam menyimpan emas. Jawapan saya mudah dan ringkas .

“ Beli emas ketika harga rendah , Jual kembali ketika harga tinggi”

Ini adalah prinsip asas yang saya pegang selama 5 tahun bersama Public Gold sebagai penyimpan emas. Sifirnya mudah, ketika harga emas turun saya akan lakukan pembelian untuk menambah gram simpanan saya. Dan pada ketika harga emas melonjak naik, saya akan jual semula bagi mendapatkan keuntungan. Tunai bersama keuntungan yang diperolehi akan saya gunakan bagi melakukan pembelian emas. Begitulah kitaran asas yang saya gunakan untuk menambah gram simpanan emas saya.

Sesi Soal Jawab

Abang, kalau tak nak jual tapi terdesak nak guna duit macam mana ?

Masuk Arrahnu, emas yang ada ditangan kita boleh digadaikan untuk dapatkan tunai. Emas Public Gold diterima di kebanyakkan Arrahnu termasuklah Pos Ar-rahnu (Pos Malaysia)

Kalau nak jual dekat Public Gold balik boleh ke ?

Boleh, tiada masalah. Public gold juga menawarkan pembelian emas melalui PG Buy.

Kalau nak jual kepada orang ?

Pun boleh, tiada masalah. Banyak platform online yang anda boleh guna untuk jual emas fizikal. Di Facebook group pengumpul emas, Shopee dan sebagainya . Menjadi satu bonus sekiranya edisi gold bar anda berstatus “rare” dan mempunyai no siri yang unik. Ianya boleh dijual dengan nilai yang lebih tinggi kepada Gold Collector

Okay, next time nak tanya lagi boleh ?

Boleh, kita berada dalam circle emas. Awak boleh tanya apa sahaja. Whatsapp saya di 017-7818258 atau lebih mudah klik disini

Salam Satu Dinar,
Mamat Ibrahim

– Blog : SatuDinar.com
– Daftar & Beli : Klik Di Sini
– Khidmat Nasihat : Klik Di Sini

kongsi artikel ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on email
Open chat
Perlukan Bantuan?
Hi, saya Mamat Ibrahim. Dealer Sah Public Gold. Boleh Saya Bantu Anda?